JAMAAH ISLAM

JAMAAH ISLAM

JAMAAH ISLAM

JAMAAH ISLAM

27 April, 2014

PAS PERLU KETUK PINTU DAP dan PKR.

Menjelang pembentangan usul persendirian PAS di Parlimen mengenai pelaksanaan hudud di Kelantan, PAS mesti lakukan banyak kerja jika ia mahu diluluskan.

Setakat ini, orang yang akan menyokong usul itu di Parlimen hanyalah orang PAS. Orang lain belum memikirkannya.Adalah benar ramai yang bukan sekadar menunggu dan menyokong usul itu, bahkan menuntut ia dilaksanakan, tetapi mereka bukan ahli Parlimen.

Mereka tidak dapat mengundi. Yang mengundi ahli-ahli Parlimen saja.

Adalah kewajipan PAS untuk memperjuangkannya dan mengemukakannya ke Parlimen dan itulah satu daripada cita-cita PAS yang ditubuhkan tahun 1951.

Ia sudah dituntut oleh PAS lama sebelum DAP dan PKR ditubuhkan.

Apabila ia diusulkan kelak, maka ia menjadi tanggungjawab semua untuk menyokongnya dan kita mahu semua anggota Parlimen mengundinya.

Tiada ulasan: